top of page

15 finalis berentap juarai #ALI2023

PUCHONG: Sebanyak 15 lagu finalis berentap untuk merangkul juara Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung pada 7 Mac ini.


Memasuki tahun keempat penganjurannya, senarai finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop diumumkan pada Majlis Pengumuman Finalis di ESI Hub, Spacerubix, di sini pada Rabu.


Selain penambahan kategori, anugerah ini telah menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam secara dalam talian, manakala 70 peratus lagi bergantung kepada pemarkahan juri profesional.

Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM36,000 menanti juara #ALI2023.





Menurut Penerbit Eksekutif #ALI2023, Ahmed Faris Amir, pihaknya menerima permohonan sebanyak 626 buah lagu dan lebih 11,000 undian awam merentasi kategori genre yang diterima pada tahun ini.


“Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi,” katanya.


Sementara itu, Penerbit Eksekutif Bersama anugerah itu, Jennifer Thompson berkata, lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu, yang mana ia perlu memiliki lirik dan muzik yang asli.


“Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional iaitu sebanyak 70 peratus dan melalui undian awam sebanyak 30 peratus di anugerahlaguindie.com.my,” ujarnya.





Penganjuran #ALI2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda; Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; dan Radio Rasmi, Rakita 107.9.


Antara rakan-rakan media rasmi yang memeriahkan anugerah itu termasuk Media Variasi, Medialah!, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media.


Pentas akhir #ALI2023 bakal ditayangkan di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac mulai jam 8 malam hingga 12 tengah malam.


Berikut merupakan senarai finalis #ALI2023:


TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK


1. Ice Cold Castle

  • Komposer: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, dan Danish Hakimi.

  • Lirik: Jeffery Chong, Ammar Ariff, dan Danish Hakimi

  • Artis: Yung Kai, Nakalness, dan Akkimwaru.


2. Candy Mind

  • Komposer: Sya

  • Lirik: Sya dan Senna

  • Artis: Sya


3. LXF

  • Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes

  • Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes

  • Artis: LXF


4. Gard O Gard

  • Komposer dan lirik: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy

  • Artis: 53 Universe


5. Mimpi Untuk Semalam

  • Komposer: Dafreakinaz, Jaystation dan Quai

  • Lirik: Jaystation, Quai

  • Artis: Slatan atau dikenali Jaystation dan Quai


TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK


1. Pura

  • Komposer, lirik dan artis: Fatin faizal


2. Pembunuh Malam

  • Komposer dan lirik: Hazeeq hilman dan Muhd Haziq

  • Artis: Lunar


3. Stargazing

  • Komposer dan lirik dan penyanyi: Odelia Tirza


4. Luka

  • Komposer, lirik dan penyanyi: Lily Jannah


5. Derana

  • Komposer dan lirik: Syahir Cherpen

  • Artis: Heidi & Ruang Hati


TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK


1. Jiwa (Takhta Milik Kita)

  • Komposer: Aimran, Faz, Adry dan Shahril

  • Lirik: Shahril Redzwan

  • Artis: Akta


2. In The Haze

  • Komposer: Chia Shock Hong dan Bryan Lu

  • Lirik: Chia Shock Hong

  • Artis: Math Class


3. Inti Sari

  • Komposer: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad dan Harith Zikry

  • Lirik: Hayzeeq Iman dan Daniel Aswad

  • Artis: Zerophobia


4.Terra Luna

  • Komposer: Crazy Grizzly

  • Lirik: Mustika Sari

  • Artis: Crazy Grizzly


5. Souled Out

  • Komposer, lirik dan penyanyi: Vota


Sumber - Media Variasi

70 views0 comments
bottom of page