top of page

Anugerah Juara Lagu Indie 2023: 15 Buah Lagu Terpilih Ke Pentas Akhir 7 Mac Ini



Sebanyak 15 buah lagu diumumkan sebagai finalis untuk tiga kategori dalam Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung 7 Mac depan.


Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir berkata, 15 lagu terbaik kategori Pop, Rock dan Hip Hop itu dipilih daripada 626 penyertaan yang diterima sejak dibuka pada Julai tahun lepas.


Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.


“Beberapa kelainan dilakukan untuk penganjuran kali keempat ini dengan memperkenalkan kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock dan Hip Hop”, katanya.


“Selain itu Anugerah Lagu Indie 2023 turut menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam secara dalam talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional,” katanya pada Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pad 21 Februari lalu.


Sementara itu, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson berkata, lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis #ALI2023 dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu.


“Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.” Ujarnya.


Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.


Artis solo atau berkumpulan yang membawa lagu perlu memenangi kategori mereka dahulu sebelum berentap merentas genre untuk dinobatkan pemenang Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023


Anugerah Lagu Indie 2023 ini turut disokong Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda.


Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.


29 views0 comments
bottom of page